Video Pilihan

Thursday 22 March 2012

Bookie: Pegawai wanita Johor ditahan


JOHOR BAHRU: Seorang pegawai wanita Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) ditahan kerana disyaki menjadi bookie dan terbabit mengatur keputusan perlawanan bola sepak di negeri itu.


Suspek berusia 31 tahun itu ditahan Isnin lalu selepas pegawai PBNJ membuat laporan polis sehari sebelum itu. Polis turut menyiasat dakwaan kononnya wanita berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan seorang pegawai polis Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita itu dan pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terperinci kes itu.
Katanya, wanita itu kini direman lima hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut serta dakwaan ada anggota polis turut terbabit.

“Polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja termasuk pegawai polis jika terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Sebelum ini, enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC digantung daripada beraksi dengan kelab itu serta merta selepas disyaki terbabit mengatur perlawanan menentang Perlis pada 16 Februari lalu.

Mohd Mokhtar berkata, kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. 
Sementara itu Timbalan Presiden I PBNJ, Md Jais Sarday, berkata kes masih dalam siasatan dan pihaknya sentiasa memberi kerjasama kepada polis. 

Sebelum ini, Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah supaya tiada rasuah di kalangan pemain dan pegawai bagi memastikan bola sepak bersih gejala itu. Apa yang berlaku (penahanan wanita) adalah proses memastikan tiada unsur rasuah meresap dalam bola sepak di negara ini. 

“Ia sekali gus membuka mata semua pihak bahawa persatuan bola sepak serius membanteras rasuah,” katanya.

TEST 1



PUTRAJAYA: Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan 559 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata indeks keseluruhan GPN tahun lalu mencapai 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya Beliau berkata, daripada 559 calon yang mendapat Gred Cemerlang Tertinggi, 506 adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran yang meningkat sebanyak 143 calon, berbanding 363 pada 2010.
Katanya, 53 lagi calon adalah daripada sekolah lain yang turut meningkat berbanding 40 calon pada 2010.

“Bagi prestasi mengikut mata pelajaran teras dan lokasi, pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, tetapi pencapaian subjek Sains lebih baik berbanding calon bandar.

“Bagaimanapun, usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang dengan calon bandar bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral,” katanya ketika mengumumkan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2011, di sini, semalam. 

Mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan, semakin kecil nilai GPN, lebih cemerlang pencapaian keputusan keseluruhan. 
Sebanyak 468,808 calon mendaftar untuk menduduki SPM pada 2011, berbanding 467,970 pada 2010 di sebanyak 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 412,028 adalah calon sekolah kementerian, manakala 7,155 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera. 

Baki 7,925 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 12,487 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat serta sekolah swasta dan 29,213 calon persendirian.

Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan 80 sekolah mencapai Cemerlang, 400 Baik, 1,679 Memuaskan dan 49 tahap Berpotensi. 

Katanya, prestasi mata pelajaran yang dinilai menerusi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pula meningkat 63 daripada 112 mata pelajaran berdasarkan penilaian empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal.

Selain itu, seramai 343 daripada 662 calon berkeperluan khas berjaya mendapat sijil berbanding 319 pada 2010. 

Tujuh calon iaitu tiga calon rabun, seorang cacat pendengaran dan tiga calon kecacatan lain berjaya meraih gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.